Monday, May 28, 2012

Adinda g kelate..

Salam semua..

kali ni adinda nk citer experience adinda jalan2 kat kelantan.. dari umah hr isnin jam 8.30pg (21 mei 12).. pejalanan mengambil masa yg agak lama.. tiba di kelantan lebih kurang 5.30ptg. Dalam perjalanan aktiviti yang adinda buat berulang2, susu, tido, borak, main.. ada la 3 kali tdo kot.. akhirnya sampai juga..

sebenarnya tujuan ke kelantan ni, untuk bawa atuk n nenek sebelah papa melawat kawan nya yang baru lepas operation.. so papa volunteer nk drive bawa atuk nenek.. papa cakap, boleh bawak adinda jalan skali.. papa, atuk nenek dulu pernah duduk kelantan.. lama jugak... sbb atuk dulu pernah ditugaskan mengendali bank negara kat sana.. so banyak sgt kenangan dan sahabat handai di sana..

sampai je di bandar kota baru, atuk ajak makan.. tp masa tu adinda tdo keletihan.. so adinda punya tapau je makan kat hotel.. lepas makan kami check in hotel.. atuk dah bg tau siap2, 8.00 mlm dah kena gerak ke rumah kawan nya yg baru lepas operation.. so mlm tu kami habeskan masa di rumah kawan atuk..

keesokan harinya.. kami semua pergi rantau panjang.. huhu bnyak baju cantik2.. cuaca agak panas.. papamama bawak adinda jalan2 dalam pekan rantau panjang tu.. mama sibuk beli buah tgn untuk atuk nenek sebelah mama.. papa pulak sibuk cari barang yg boleh di jual.. hehe.. adinda pulak sibuk pusing sana sini.. seronokkk...

tengahari kami makan di restoran di depan usm kubang kerian.. sepanjang perjalan.. papa, atuk nenek bercerita tentang kenangan2 dulu mereka di kelantan sambil menunjuk tempat2nya.. adinda sgt excited.. pastu kami balik ke hotel untuk berehat sekejap.. petang mama papa dan adinda ke pasar siti khadijah pulak.. atuk nenek x ikut sbb nak rehat kat hotel.. dekat pasar siti khadijah, adinda tgk mama pun rembat beberapa helai tudung bawal.. hehe papa hanya mampu menjeling..

lepas balik dari pasar siti khadijah papa decide nk bwk kami semua ke PCB (pantai cahaya bulan).. sebelum tu amik atuk nenek dari hotel dulu.. sampai je kat pcb.. adinda jadi x keruan.. adinda seronok sgt dapat main pasir tepi pantai.. sambil tgk kakak kakak main layang2.. da penat main, papa ajak minum dan makan rojak seafood.. mama suka sgt mkn.. lepas makan, kami pun balik hotel dan bersiap2 untuk pergi umah kawan atuk yang satu lagi.. hehe nk tau tak, masa kat umah kawan atuk tu adinda makan mee 4 kali tambah.. sebenrnya mee memang feveret adinda.. pelik tuan rumah tgk..

pada keesokan hr nya kami pulang ke kl.. sampai di rumah dalam jam 6 petang.. tersangat la penat...  ni adinda nk tunjuk sikit gambar adinda semasa di kelantan..

sampai je kota bharu, pekena roti arab dulu..


pandangan dari bilik hotel..


makan di kubang kerian

 main pasir di PCB..

tqsm
peluk cium dari adinda nur'amany;)

No comments:

Post a Comment